Tuesday, January 27, 2009

UMAH TAMPIN yang UNIK

Saturday, 24th January, 2009


Selepas perut da kenyang tanpa nak tido or tergolek2 malas, aku dan somiku menuruskan agenda yg telah diracnang iaitu balik ke kg somiku di Pulau Sebang, Tampin. Perjalanan ke sana agak slow kerana bnyk kereta di atas jalan memandangkan cuti panjang dan CNY dan sume yg berkenaan pulang ke kg memasing dgn agenda memasing. AKU - enak tido sb penat tak cukup tido sb menjayakan nasi lemak yg telah pun berjaya.. huahahahah..



Aku yg teruja
Ini adalah umah nenek somiku di Tampin yg merupakan ibu kepada ibu mertuaku di mana juga tempat ibu mertuaku dibesarkan..Rumah ini adalah didirikan oleh Onyang somiku iaitu bapa kpd nenek somiku yg dikenali sbg org kaya Tampin gitue. Sungguh gah rumah ini. Lebih besar rumah dan kawasannya berbanding rumah nenek2 aku. Ciri2 rumah ni sgt unik. Ia juga direka khas spt rumah China dan memang terdapat unsur2 China di rumah ni bila melihatkan barang lama yang antik dari cermin, almari kerusi meja dll yg terdapat di dalam rumah ini dan pada satu ketika dulu juga terdapat kepala naga di bumbung rumah ini.. Uisshh!!..Terdapat juga perigi di dalam rumah ini tetapi telah ditutup demi ciri2 keselamatan. Ibu mertuaku memaklumkan kpd aku bahawa rumah ini didirikan tanpa sebatang paku, semua kayu2 hanya dipasak.. Fuh kagum aku kagum. Dan rumah ini pernah dibuat buku ttg sejarahnya oleh student2 Universiti di Johor. Rumah ini msh utuh walau somiku adalah Generasi ke 4.


Bersama nenek somiku di ruang makan yg dipaksa memandang camera oleh cucunya. Nenek somiku dah uzur dan bila terpandang nenek teringat aku arwah opah gemuk ku.. Seakan2.

Di ruang utama yg open air sbnrnya.

Kerusi dan meja lama yg berukiran halus yg sememangnya antik

Salah satu ruang dimana terletaknya kerusi besar yg bercorak cina. Terdpat 3 jenis kerusi ini dirumah ini yg diletakkan disudut2 tertentu.


Ruang ni macam menyeramkan tp menarik. Tak tau kenapa seram mungkin sb warna kt sini cam suram dgn pantulan warna lantai kayu yang berwarna merah. Pintu pun jenis berselak kayu. Somiku pun ajak aku beredar dri tmpt ni cepat2 sb terasa seram katanya. iskhhhh.

Pintu yg berukir ni mmg menunjukkan tradisional yg lama.. Masih mengekalkan tradisi juga walaubagaimanapun.


Aku yg pose di atas tangga batu dengan tiupan angin sepoi2 bahasa gitue.
SEKIAN

No comments:

Post a Comment