Wednesday, January 28, 2009

Kerana SEKEPING SURAT MC

Ko dan Aku selalu HAMPESS
Hari ni balik dari keje terus tegak aku ke subang. Berjanji ngn Eta di sana sb malam eta akn menemani aku ke Shah Alam tuk ambik MC aku..Fuh sejam gak la aku tggu eta sb dia di umah bakal mak mertuanya dan time2 Maghrib di rumah org ni kene la paham nak tggu waktu sebaiknya utk angkat kaki lambung..
Hujan.!! Melepakkan diri di Berkat layan maggie sup smbil bercerita sok sek sok sek....bla..bla..blaaaa. Nak jd cite phone aku dan eta da takde nadi da...OFF terus!!! (kes terjadinya : Eta bergayut ngn aku 58min sblm kejadian) Maple tu pun takde la plak charger Nokia untuk aku memberi sedenyut dua nadi kepada HP ku itu...Hampa la aku kekununnya.. mana taknya..aku da buat deal nk surat MC dan aku kene gak adakan MC itu pd esok hari.. Fuhhh gundah gulana jiwa kacau tp reda sebaik tibanya Shabel dengan backup phone. Bagaikan Penyelamat gitue..Terusla aku roger bro shah alam tu dan aku dan eta gerak ke Shah Alam tuk pegi ke tempat pertemuan iaitu di depan Dataran. Aku budget da sampai depan Dataran barula nk roger semula bro tu sb dia hanya berada di lerah2 tu gak.
Tp.............................. Mmg nak dijadikan panik, aku dan Eta plak bleh kaku dgn Hp backup Bel.. Tak tau guna!! Hp tu wat pelik2 tetiba! Off On balik pun tak bleh..Udah terganjey sekali lg dgn eta blurr tak tau nak bikin apa..Try perodi Ph tu tp mmg tak mendatangkan apa2 hasil..Eta tlh menggunakan memacam skill nya..Nak gelak pun ada aku tgk. Tp bagus2. Ada effort..! Ikut muka ketat aku nak jer aku mintak pd makhluk2 di sekitar kawasan tuk aku tukar sim card jer tp tak mendapat support dari eta..So cuba lg cuba dan cuba tp tetap HAMPESSS..... - sempat lg aku dan eta trpk camne org dulu2 berjumpa time takde phone. Mmg payah...berjanji seminggu awal la kot..huhuhu
Last ikhtiar, eta mencadangkan p cafe kawannya Bob di Seksyen 13 kt stadium untuk mendapatkan bantuan.. Aku membontoti kereta eta sb aku fail jln S.Alam. Nak jdkan panik lagi.. kerana eta berdesup2 peginya cam tokyo drift dgn MYV nya dan aku yg ala2 kete lembu terkial2 ni dah tak dapat menjejaki eta di Roundabout (mana simpang dia masuk daaa) dan tersasar la aku... Datang la kepanikan aku walaupun aku tau sesat kt S.Alam tu takkan membawa aku sampai ke Thailand..Huhuhu... Tp cam lost gak la...Blurrr...Aku pun mengambil langkah bijak dgn u-turn semula dgn harapan dapat menjejaki eta semula...(HAMPES KO ETA...MAIN LAJU JE KO) tp eta yg baik hati telah menjejaki aku dulu..Upernya dia pun U-Turn semula utk mencari aku..hihihihk... PONNN PONNN PONNN....Hond kete eta... sekilas jer aku nampak - mmg laju jer.. So sekali lg aku membuntuti keta Eta.. Sampai di Cafe Bob, bernadi la semula HP ku selepas diberi nyawa.
TAPI LAGI............................. org yg aku deal MC tuh dh hanyut tido mati.!!! Kol dan Kol tp takde sahutan..ADOIIIAIII... Jam menunjukkan 12.30am..Warghhhhhhhh nak jerit jer rasanya aku kerana usaha cekal yg penuh kepayahan AKU dan ETA menjadi sesia plak..Chill kan diri SB nak taknak Esok gak la jawabnya.. huhhh mmg mengeluh aku dowhhhhhhhh
DAN TAPIIIIIIIIII LAGI............. walaupun ada keluhan disitu... aku tetap rasa happy gak kerana dalam situation yg sgt kelam kabut...sgt huru hara..sgt mencemaskan.. kawan aku bleh diharap. Ada yg bleh aku ambik dalam kejadian ni satu perkara yg harus aku hargai.. iaitu Hargai dirinya yg bergelar SAHABAT.!! LOVE U ETA. MUAAHHHH

Tuesday, January 27, 2009

Nizam's wedding

Sunday, 25th January 2009
SG.BUAYA, RAWANG SELANGOR




Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai Nizam n izan. Semoga kekal abadi dan sentiasa tabah menghadapi dugaan di dalam kehidupan baru nih..Jgn nakal2 - aku bercakap utk diri sendiri gk. hurrrmmm.... hukhukhuk


Kawan2 yg hadir yg sentiasa masok ayor di setiap majlis. Majlis ini diadakan di side pompuan di Rawang dan side lelakinya coming soon di Kuala Pilah ..Sbnrnya ada dua pasangan di majlis ni iaitu adik kepada pengantin pompuan. 1st time aku dtg majlis yg ada 2 psgan.. Cam best gak. JIMAT2!! Heheh..Dan kami sekali lg akan dtg turun menggegarkan KUALA PILAH plak..

Hai somiku kenapa wajah mu sebegitu rupa dan knp aku nampak berisi dalam pict ni yerk? Iskkhh konpius..! Adakah benar berat lemak aku da bertambah? Oh NO!! Yang berbaju biru tu adala PA kpd Joe 2phat.. Masih single..ada sesapa nak masuk line? Silakan yerk...


Mmg spt raja sehari. Kuning gitue u!! Yang somiku tu kekununnya knp tangan di situ? Pelik2!

Happy kawin yek kome? Sengih sampai ke telinga..hehehe


UMAH TAMPIN yang UNIK

Saturday, 24th January, 2009


Selepas perut da kenyang tanpa nak tido or tergolek2 malas, aku dan somiku menuruskan agenda yg telah diracnang iaitu balik ke kg somiku di Pulau Sebang, Tampin. Perjalanan ke sana agak slow kerana bnyk kereta di atas jalan memandangkan cuti panjang dan CNY dan sume yg berkenaan pulang ke kg memasing dgn agenda memasing. AKU - enak tido sb penat tak cukup tido sb menjayakan nasi lemak yg telah pun berjaya.. huahahahah..



Aku yg teruja
Ini adalah umah nenek somiku di Tampin yg merupakan ibu kepada ibu mertuaku di mana juga tempat ibu mertuaku dibesarkan..Rumah ini adalah didirikan oleh Onyang somiku iaitu bapa kpd nenek somiku yg dikenali sbg org kaya Tampin gitue. Sungguh gah rumah ini. Lebih besar rumah dan kawasannya berbanding rumah nenek2 aku. Ciri2 rumah ni sgt unik. Ia juga direka khas spt rumah China dan memang terdapat unsur2 China di rumah ni bila melihatkan barang lama yang antik dari cermin, almari kerusi meja dll yg terdapat di dalam rumah ini dan pada satu ketika dulu juga terdapat kepala naga di bumbung rumah ini.. Uisshh!!..Terdapat juga perigi di dalam rumah ini tetapi telah ditutup demi ciri2 keselamatan. Ibu mertuaku memaklumkan kpd aku bahawa rumah ini didirikan tanpa sebatang paku, semua kayu2 hanya dipasak.. Fuh kagum aku kagum. Dan rumah ini pernah dibuat buku ttg sejarahnya oleh student2 Universiti di Johor. Rumah ini msh utuh walau somiku adalah Generasi ke 4.


Bersama nenek somiku di ruang makan yg dipaksa memandang camera oleh cucunya. Nenek somiku dah uzur dan bila terpandang nenek teringat aku arwah opah gemuk ku.. Seakan2.

Di ruang utama yg open air sbnrnya.

Kerusi dan meja lama yg berukiran halus yg sememangnya antik

Salah satu ruang dimana terletaknya kerusi besar yg bercorak cina. Terdpat 3 jenis kerusi ini dirumah ini yg diletakkan disudut2 tertentu.


Ruang ni macam menyeramkan tp menarik. Tak tau kenapa seram mungkin sb warna kt sini cam suram dgn pantulan warna lantai kayu yang berwarna merah. Pintu pun jenis berselak kayu. Somiku pun ajak aku beredar dri tmpt ni cepat2 sb terasa seram katanya. iskhhhh.

Pintu yg berukir ni mmg menunjukkan tradisional yg lama.. Masih mengekalkan tradisi juga walaubagaimanapun.


Aku yg pose di atas tangga batu dengan tiupan angin sepoi2 bahasa gitue.
SEKIAN

Married Life : Nasi Lemak ku kurang garam

Saturday- 23 January 2009


WOW....Hari ni aku telah berjaya menyempurnakan misi membuat nasi lemak untuk dimakan di rumah mertua (tp nasi lemak ini telah dijayakan dirumahku sblm di bawa ke rumah mertuaku..) Mau pitam dan terkapai2 aku kalau menjayakannya di rumah mertua.. OH! NO NO NO.. Aku masih tak bersedia lg untuk menunjukkan bakat yg mmg takde lagsung ni..Heheh.. Pada yg biasa dengan kuali pasti rasa mudah dan takde kepayahannya dalam menjayakan misi ini...tp pada makhluk spt aku................................
Malam itu aku telah menyuarakan niat suci murni aku tu kpd somiku. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam tp aku dan somiku yg menyokong niat suciku tuh tanpa pk panjang gamble la kami ke giant utk membeli barang2 yg diperlukan dalam menjayakan misi aku nih.. Mmg tidak syak lg Giant msih terang benderang disebabkan CNY maka tutupnya pun lewat sampai 12 malam.. Di dalam Giant acara mencari bahan2nya pun bermula.. Selepas mendapat tunjuk ajar dr kakak aku apa bahan yg diperlukan maka selamat la misi membeli aku.. - aku bukan tak tau bahannya cuma tak berapa pasti dan lbh afdal jika aku mendapat kepastiannya..huhuh..
Sampainya umah dah jam 1.45am krn melepakkn diri di William bersama Epul selepas itu..Kakak aku pun da tido.. Blurr la sekejap sb sekurangnya kalo ada kakak aku bleh la guide aku yg hampes nih...tp semangat aku msh kuat, Msg plak kat mak dgn harapan mak aku tak tido dan bleh beritahu cara2 nak buat sambalnya..SENYAP gak mak aku...try plak msg Kak Su dan selamat sb Kak Su msg sedar lg dan daptla aku tunjuk ajar dari Kak Su.. Adoiii failled sungguh aku ni upernya... huarrggggggghhhhh....
Selepas bertugkus lumus, sambal aku pun menjadi cukup rasa masam manis pedas. Walau dalam kepayahan aku terkontang kanting sorang membuatnya dan telah beberapa kali juga meng-alter rasanya dan telah beberapa kali jugakla somiku masuk kuar dapur utk menjadi tukang rasa..huhuhuh. Somiku memberi smgt kpd aku " takpe, kalau tak berjaya nasi lemak awk ni, esok kita beli roti canai mamak jer bawak sana.."
Oh lalaaa... Semangat ke tu? heeeeeee :)
Jam da kol 4.30pg..baru la aku masuk tido dan bangun semula jam 8.30am untuk aku merebus telur, goreng ikan bilis, memotong timun dan memasak nasinya. Kakak aku dan adik aku yg makan sblm berangkatnya aku ke umah mertua kata pass la dgn rasa tu dan telah meng-confident kan aku lg dgn hasil air tangan aku tuh..Tup Tap Tup Tap selesai sudah sumenya siap dibekalkan dan drive la aku sendiri ke umah mertua ku kerana somiku dah kuar awal p jumpa org dan akan berjumpa aku di rumah mertuaku.. Adoiiaiii aku mula buat ayat cmner aku nak cakap nanti sb sbnrnya aku da lewat..da nak time makan tgh hari da ni tp aku bawak nasi lemak.......HUH...tp sampainya di umah mertuaku terus aku ke dapur menghidangkan nasi lemak ku itu....bersama hidangan makan tgh hari jugak..Muahaha... Makan la separuh nasi lemak ku dan separuh lg nasi biasa dan bapak mertuaku memuji nasi lemak ku yg tak berapa nak lemak dan sedikit tawar kurang garam sebenarnya tuh..Haahaha tp bapa mertuaku kata sedap dan sambal aku tu pun cukup rasa...katanya "Bukan memuji ni, tp mmg sedap"
Fuhhhhh LEGA DEN!!! Berjaya gak aku !! BRAVO MUS BRAVO walaupun hanya nasi lemak.....
HAHAHAHAHHAHAA.............

Wednesday, January 21, 2009

PAKCIK TUA dgn bungkusan kerepek...

Alkisah yang aku nak cite kt sini tak tau la sedih or tak pada org lain tp pada aku tak tau knp betoi2 touching sampai bergenang gak la air mata aku.. Sbnrnya bnyak hal2 yg berlaku di depan mata aku, jika ada buat hati aku tersentuh pasti membuatkan air mata aku nak luruh.. - Kalau tgk citer seram aku ketakutan sampai tekup muka ngn bantal, ada time tak bleh handle aku off kejap tv tuh dan agak da lepas part gelap2 or suspend2, tu baru aku on balik..Manyak takut wooo akuk!!! Kalo tgk cite sedih2 plak aku bleh menangis teresak2 n adik beradik aku kalo part sedih sume mata tertumpu kt aku sb da tau mesti aku da nangis...Hahaha kekadang aku nyorok2 gak tp diorang tetap tau..Apelagi!! Jadi bahan la tp aiman tak kisah..n kalo tgk cite lawak or hal2 yg lawak aku ketawa bersungguh2 dan pernah mencicit2 aku lari ke bilik air sb ketawa smpai yg bawah tu pun nak ketawa,,hahahha Mmg menjiwai sume part rasa aku nih..- Tapi itu la aku.. Walaupun juga sbenarnya aku ni kasar tp dalam kasar aku tuh aku msh mempunyai hati iaitu hati pompuan yg cpt tersentuh.. Perwatakan kasar dan hati yg mudah tersentuh adalah 2 hal yg berbeza...
BETOI MUS BETOIIII.......
CITERNYA ......... Aku dinner ngn somiku mkn western hari ni so chill out kt luar la.. Sedang enak menghirup mashroom soup dgn lazatnya..slurrpp...slurrpp tetiba aku terpandang dr jauh satu susuk tubuh berjalan membawa 2 plastik besar di kedua belah tangan. Dari meja ke meja sampaila pakcik tua itu di meja aku.. " Dik kerepek dik" maka aku menjawb ''xpe pakcik, tima kasih" tp............. dr pemandangan dekat, dpt la aku scan pakcik tua tu. Dari meja ke meja dia singgah bertanya tp tiada siapa pun yg sudi membeli kerepek Pakcik tua.. Hampa raut wajah pakcik tua tu dpt aku lihat kerana aku tak lepas memerhatikan pakcik tu dan dari pemerhatian jarak dekat tu jugak aku tau yg pakcik tu penat.. Tetiba dtg kesedihan kt hati aku dari melihat caranya berjalan menyeret capal spt tak bertenaga nak mengangkat kakinya sendiri utk melangkah........... srettttt srettttt sreeettt bunyi capal diseret..
Dgn bungkusan plastik besar penuh berisi kerepek yg tersangkut di kedua belah lengan... amat payah rupa pakcik tua tu berjalan..Agak tak stabil sbnrnya kerana nak mengimbangi berat kerepek dilengan tue.. Berkemeja lepas dan berseluar singkat tp kemas sesuai dgn usianya.. TAPI,,terpandangkan kopiah di kepalanya yg usang dan agak keruh warnanya tu buat hati aku dihimpit sayu..sedih pilu menguasai kalbu..Apabila melihat mata pakcik tua tu aku dpt meraskan ada kesidihan di situ Pandangan mata pakcik tua tu juga sayu sesayu pandangan aku kepadanya. Melihatkan kulitnya yg gelap berkilat terbakar dek matahari buat aku merasakan yg pakcik tu pasti kerja kuat dan tentu sering terdedah dgn panas terik matahari.. Dapat aku rasakan kesusahan pakcik tu.. Hati aku tersentuh dan air mata aku bergenang tp kutahan dr gugur.. huhhhh aku menyesal kerana tak membeli kerepek pakcik tu time tu... Dalam melihat pakcik Tua tu teringat aku pd AYAHANDA TERCINTA aku di Kampung... errmmm....
.............Dalam kepala, aku mula memikirkan ttg pakcik tuh.. Mana anak2 pakcik tua tu? anak2 tak hiraukan ke? or mungkin anak2 dia kecik lagi or mungkin pakcik tu tak kawin or mungkin pakcik tu takde anak kot.. Tp segala persoalan2 itu hanya tergantung di situ.............................
Aku lihat pakcik tua tu duduk sementara menunggu air dibungkus sambil memandang lama ke arah pasangan yg ada di depannya..Dia senyum simpul sendiri. Tah apa la yang pakcik tu fikirkan agaknya.. Mungkin dia dengar perbualan pasangan tu kot.. tah kenapa hati aku cam marah sb pasangan tu tak menyapa pakcik tu sb jarak pakcik tu dgn mereka amat dekat.. Pakcik tua tu menghirup air dgn laju menunjukkan yg pakcik tua tu mmg benar2 dahaga..
Pakcik melihat sekeliling dan dia pergi kemeja yg tak disinggahnya lagi tp hampa juga, tiada siapa berminat dgn kerepek pakcik tua tu.. Apabila pakcik lalu dibelakang ku cepat2 somiku panggil pakcik tu dan ........'' Kerepek pisang ada pakcik?''..... ''Ada2...mcm2 kerepek ada dik'' Pakcik dgn semangatnya mengeluarkan sume jenis kerepek dan menyebut nama2 kerepek tersebut seperti aku tak tau pasal kerepek tp aku tetap melayan pakcik tua tu "Ooo aaa aaa ooo kerepek ubi pedas" , Selepas membuat pemilihan, aku pun mengambil 2 kerepek pisang dan 1 peyek ikan bilis dan membayar RM10 kepada pakcik... Aku tau pakcik tu happy...tak sia-sia dia berjalan mengendong plastik dtg ke situ walaupun pembelinya hanya aku sorang.. Ada gak rezeki pakcik tu disitu malam tu dan aku terasa lega sesangt selepas membeli kerepek pakcik tua tu...Dapat juga aku membantu pakcik tu walau hanya membeli 3 bungkus kerepek.. Sekurangnya kelegaan aku tu memberi rasa nikmat kat aku...
"SEMOGA PAKCIK DIMURAHKAN REZEKI...AMIN....."

Tuesday, January 20, 2009

Married Life - BAJU SOMIKU

Suhu yg terlampau telah mengakibatkan hasilnya begini..


Badak ni pun bleh dijadikan alasan ke? Iskhh iskhh
tp mmg cumel badak nih

Pasal baju yg pd aku mmg la lawak..hahahha...


Lawak pertama - Hari ni somiku menggosok baju sendiri tp akibatnya baju itu telah berlubang kerana suhu iron itu terlalulah panas... Balik dari keje somiku dgn muka minta simpati menunjukkan baju itu kpd aku... Kata somiku "baju ni dah reput kot sb tu tak tahan panas"... - Bleh trima ke? Hahahaha pandai la dia buat ayat cover tk nak aku bebel. Kesian baju yg tak bersalah itu....
Lawak Ke-dua - Sedang aku mencari2 baju2 yg hendak dicuci untuk aku humbankan ke dalam washing machine, aku mencapai sehelai baju bergambar badak kepunyaan somiku.. Bertanyalah aku kpd somiku "Awak, baju ni pun sy basuh yek"
lantas dgn pantas somiku menjawab..........
........."Jangan! Jangan basuh baju tu, baru pakai sekejap je.. nanti kalau awk asyik basuh jer, nanti ilang la badak tu nanti.."
HAHAHAH... aku terus gelak besor.. Camtu pun bleh jadi kan alasan ke!! Haiii somiku..somiku! Apa sebenarnya dalam kepala awak!!! Adoiiaii

Lawak of the YEAR

Sabtu - 18 January 2009
AKU..MEREKA DAN BACKGROUND


Ari ni Bai n Kak Su turun KL. Sesaje jenjalan n sampainya mereka terus la mereka menculik diriku ini...Opsss bukan tanpa izin ek..ahahha..dgn izin somiku..Lgpun somiku nak p memancing!! So buat agenda memasing la kiranya.. Pegila aku dan sahabat suka duka aku ni. Dari ke Shah Alam p ke Subang..pastu membawa diri ke Sunway Pyramid plak.. Kejadian lawak of the year berlaku di sini..Kahkahkah!! Tak bleh handle sampai rasa nak terkucil2 aku n Kak su menahan gelak.. Tanpa hiraukan keadaan sekeliling aku bantai gelak sampai terduduk2..Ciss menjatuhkan imej ayu aku betoi la ko BAIZURA oiii....


Kejadian bermula apabila bai kuar toilet dgn muka terkulat2 spt kerang busuk mengeluarkan statement yg dia membuang tp blom cuci..dgn alasan tak jumpa pili air dan tisu pun tak mandang dalam toilet tu... Terus bantai aku gelak tak hingat tambahan bila tgk gaya bai jalan yg terkengkang2 itue.. lawak gila tak hengat!!


Aku dan kak su yg tak puas ati pegila merepeat semula ke toilet...Dan spt telahan aku yg sbnrnya bai mmg tak tau guna toilet canggih tuh.. Bukan takde kepala pili tp kepala pili tu ada kt mangkuk tandas dan air kuar dr belakang... Dan sekali lg bai wat ayat nak kene tampar 30x bleh tanya cam mana nak cuci... hahaahahha.. Sekali lg aku ngn kak su gelak besar. Tak sangka ko sengal bai n upenya baru tu 1st time ko jumpa toilet spt itu.. huhuhu. Nasib ada extra suar kecik dalam beg. jika tidaaaaaaaaak...............LU PK LA SENDIRI...


Kalau dgn diorang mmg ada jer pelik2 lawak n pasti aku sentiasa pecah perut especially dgn ko BAIZURA AHMAD RAFIE..



Di McD Shah Alam


Bersama Bodyguard kekununnya


Spt dimandi dgn cahaya2 suci gitue..


Mcm kt china town. Cool

Cute!! Spt aku mengangkat skuter itu.Very da cute background..
n aku pun cute gak..hahaha..

Aku dan Bunga - Sesuai ke? Tapi aku suka Background pict ni mcm tenang
sb tu mataku layu camtu.



Aku suka pic ni..sb diorang bagaikan org kerdil yg nk curi makanan jek..
Nice Pict n im happy wif u all

Kambing oh Kambing

Friday - 16 January 2009
2009 KICK-OFF event




Selepas kekenyangan gitue sambil pose bersama cup cake.. Sungguh comel sekali cup cake itu. Time ni penuh huru hara sb nak explain jalan kat Kak Yati..LAWAK sungguhla LAWAK..Nasib tak terburai isi perut aku sb terlebih gelak..ehhehe..





Kawan2 ku yg Bosan sb tggu kambing lama sgt smpai nak makan bunga2 tu wat lapik perut..Mari kita tgk tangan sape paling cumel..hehehe



Makanan yang disajikan amat menyelerakan tekak aku...bukan selera sb aku lapor ke apa ke tp mmg layan Dowhh.. Ada mcm2 makanan dan yg paling penting ada kambing wooo... ERRRR Dulu aku agak tak bleh trima makan kambing2 ni.. Cam busuk je sampai bau kambing tu lekat kat makanan tu. but now bleh trima tekak aku ni dgn kambing lepas sesaje test lamb chop member. Time tu baru aku setuju yg kambing itu (selepas di masak dgn cara yg betoi) sedap gak walaupun repenya huduh dan berbau spt kambing...Kesian sungguh kat kambing tue........HOHOHO. - Tu sepinggan tu share tau...Bukan perut i sorang tau..


Ini makan2 time kat Kompakar Opis aku.. Ini la 1st time aku join makan2 yg di anjurkan oleh Kompakar..Time ni mmg tak bleh lari pun sb start awal time keje so kene la aku meng-joinkan diri ku ini.. HEHEHE..kalo tak sure pantas aku melenyapkan diriku. Melepakkan diri bersama yani n kak yati..aje yg memekak!! Soksek soksek...Kak Yati syik suh senyap jek...hahahaksss.. ntah pape, cam cikgu besor plak Kak Yati tuh.. Huhuh..Tringin kot dulu...auwww...

Sunday, January 18, 2009

Siapakah KARIM ?

Persoalan bermain dibenak aku - Siapakah Karim yg dtg tetiba masuk dalam mimpi aku yg dengan berani2nya membunuh somiku dalam mimpi tuh..Ciss sungguh Karim itu..Berani sungguh dia!! Walaupun hanya mimpi, tp siapa Karim tu? Tak pernah wujud KARIM dalam dunia nyata aku nih..Tah mana2 punya org la..Mana benua la agknya..Dengan rupa yg tak pernah aku kenal tetiba aku bleh la plak mimpi si Karim..Huh... tu la peliknya mimpi kekadang tuh.. Pelik tp Benar..
Tapi.........mimpi tu mmg mengerikan..Adengan aku merayu suh lepaskan somiku adalah part yg paling menyentuh perasaan aku..''TOLONG Karim TOLONGLAH Karim" Kalau aku ingt sekarangpun aku bleh feel saat sayu pilu waktu tu..mmg jiwang abis seh...huhuh..tp sedih wooo.!! Lelaki yg disyg tetiba berada di dalam tangan pembunuh dgn parang dileher menunggu masa ditetak!! PEHH..kalau di alam realiti cmtu la kot perasaan aku smpai menyembah-nyembah aku kt Karim tuh..Tp Karim yg hampeh itu bolayan sama aku..takde simpati langsung hati karim (Siut betoi itu karim)...
Time part ngeri somiku nak ditetak oleh Karim - nasib aku tak sempat menyaksikan sb aku menjerit terus terjaga dari tido. Suara jerit aku sampai aku terjaga dr tido la sambung suara tuh ..betoi menjiwai sampai da terjaga tu pun aku cam termengah2 lg..Fuh dasat..dasat.. Lama betoi aku tak dpt mimpi2 yg menakutkan camni. DAN Somiku kat sblh pun terbangun la juga..dengan menunjukkan keperihatinannya bertanya la somiku apehal dgn aku.. (riso kot dia aku kene sawan ke apa ke..huhu..) Aku dgn sedihnya time tu sobb...sob.. btau la cite Karim dah bunuh dia tp penuh slumber katak somiku bleh balas " takpe..tkpe shhhh dah tido2.. sy nak mimpi Karim, nak cari Karim, nak bunuh dia balik" dan aku terkedu sambil tersengih...
HAHAHA...aduhai somiku... ko betoi tak feel cite sedih aku tuh... Siapa Yang Hampes Sebenarnya?? Hahhaa....

Thursday, January 15, 2009

IBUku RAMBO

Dari kiri : Andren Sue, AKU, Riena and yg tonggeng lebey tu la Baizura
hanya dgn diorang2 nih je pernah makan sebatan mak aku



Haaaa ini antara kengkawan yg mmg akan bg aku ingat sampai mati kenangan aku dgn diorang nih.... lawak ada, sedih ada, pendek kata menangis dalam ketawa gitu..( tah mcm mana nangis dalam ketawa tu sbnrnya aku pun tak bape nak tau cmner..nak feel yg mana sbnrnya tah!!)

Tak dapat aku lupa bila mak aku bgaikan terkena histeria, bagaikan Rambo, mak aku telah bertindak ganas serta luar kawalan telah melaga2 kan kepala aku ngn kak su.. Ke kiri ke kanan dushh dushh... lagi dihayun kiri dan kanan dan dushh dushh lagi dan lagi dan lagi.. Aku yg tgh pening time tuh terus hilang pening dengan serta merta..Terus kembang urat2 kepala aku..terus segar biji mata aku..Fuh..Bagus juga tindakan drastik mak aku yg sungguh di luar kawalan aku tuh..tp setitik pun air mata aku tak kuar..Kebal gak aku nih!!
Sume ni berlaku gara2 AKU, BAIZURA N ANDREN SUE dengan berani2nya p turun KL tanpa pengetahuan sesapa pun dr family.. Time kejadian tuh aku baru Form 3.. Sebenarnya da besar la jugak nak diikutkan tp disebabkan KL tu bandar besar n Teluk Intan tu cam kg la kalau nak compare kan..so cam ada la jurang kat ctu kalo bawah2 umur cam aku nih bertindak begituan... Motifnya sesaja jenjalan cuti Sabtu Ahad n teman Kak Sue nak jumpa kawan . Tapi yg gamblenya dah la takde duit hanya mengharapkan beberapa sen jer..ISkhhh!
Nak singkatkan cite.. Malam tu aku ber3 menginap di umah kawan K.Su di Shah Alam.. tak aku budget sama sekali....Mmg menduga betoi. Di luar kemahuan aku tp selepas diyakini baru la aku menurut..Na'uzubillah sungguh la seram, mmg aku tak tido sudahnya..rasa nak kuar jer dr umah tu time tu gak..walau lbh kurang 3 jam je berada dalam umah tu tp mmg aku berdoa spnjg masa agar cepatla subuh..berdoa agar aku selamat kuar dr umah tu, Berdoa agar dilindungi dan alhamdulillah aku syukur sgt2 takde kejadian yg pelik2 berlaku....Riso seriso riso alam aku time tuh...Hanya Tuhan je yg tau..Kak Su n Bai bleh tido lena,Ciss sungguh cisss sekali!! Hanya aku terkebil2 cam cicak telan kapur barus dan berjaga2 dr sebrg kejadian buruk semantara menunggu waktu Subuh.. Knp dgn rumah tu? Apa yg membuatkan aku tak sabar nak kuar dr umah tu? Errr errrr...ermmmmm
YG PENTING SUMENYA SELAMAT...SYUKRAN2
Selepas Azan subuh, terus calo dari umah tuh...Lega bangat aku time tu..dalam hari yg mula nak cerah sampaila aku ber3 di bus stand Klang. Duit tambang hanya lepas utk sorang jer..Call kg dan upenya lubang da pecah...Mak da tau aku ke mana!! Dalam phone mak da marah2. Call kawan yg pecah lubang tu katanya terpaksa bitau ke mana aku pegi sb mak aku nak report polis...Laaaa udah lain cite plak dah time tu...HURU HARA SUNGGUH HARU BIRU... Diorang nak lepaskan aku balik dgn tambang yg cukup2 tuk sorang tuh..tp aku tak sampai hati nak tinggalkan diorang.. Aku cakap ''dtg sesama balik pun biarla sesama gak''.. (Gila punya semangat kawan aku nih...tp semangat kawan aku mmg tinggi) Aku yakin time tu ada jalannya nanti.. TAPI........ sampai ke senja aku bai n kak su masih disitu ( lawak mmg lawak) tak tau nak buat apa..nak contact sesape pun dah takut..Kak Su n Bai sampai muntah hijo sb lapor.. Makan roti main kerat 3.. hahaha... kalau dikenang sekarang mmg jd bahan gelak jer.. Sambung balik!!
Sekali lg KETAKUTAN aku dtg bila da mula nak gelap.... DAN......Tuhan tu mmg Maha Mengetahui dan Mengasihani.. Kak Su yg dah abis ikhtiar sb da malam dan tgk aku yg pucat lesi takut terpaksa buat muka tebal meminta duit pd mamat yg tgh kuarkan duit kt ATM machine.. dan dengan sekali tu jer minta, yg ajaibnya..mamat tu pun nak balik TELUK INTAN... Mmg tuhan mengadun sumenya.. Maka naik la kami dgn lemah longlai sb tak makan ke dalam bas dan terus tido..Kak su dgn mamat tu rancak berborak.!! Aku hanyutttttttt...... dan kejadian kejadian mak aku histeria tu bila smpainya aku kat umah yg ditemani Kak Su.. (Bai mmg cerdik, dia da cabut dulu daa) Kesian Kak su dan aku gak kesian time tuh...huhuhu Tp mmg ilang pening wooo....ahahhaa... Malam tu, mak da cool baru mak dtg kat aku tanya cite sbnrnya...Mak ngn anak oiii...what do u expect? hehee...So aku pun menceritakan sume sekali tanpa ada yg aku coverkan.... Baru aku lega dan bleh tdo dn mak aku dah jd lembut semula sb mak aku mmg bukan Rambo...heeeeeeeee SAYANG MAK !!
Kejadian dgn Bai plak bila kene sebat time kt umah aku gak lagi..ahahah..tk bleh elak da..
Keras buat kebal ar walaupun pedih..zasss kat bai zassssss kat aku pastu bai pastu aku balik.. adoiii sakit dowwh...rotan buluh yg halus tu mau tak mengeletek kalau kena..Bayangkanlah!! hahhahaha... Ko la bai, kenapa dtg umah aku ajak aku kuar time senja...kan da kena sebat...hahahha..Bukan sekali tu aje tp dgn bai mmg la bnyak kali.... tp mak aku n mak bai lebih kurang jer.. Pernah sekali kejadian time curi keta mak bai.. tolak pelan2 bawak kuar garaj bleh la plak kantoi..(sume idea bai) sudahnya makcik bibah kuar jd rambo gak ambik selipar jepun yg getah tu terus baling kat aku n bai..ahhaha..fusss semangat nasib aku pandai elak mengelak ni..kene tulang belikat mau melentik badan aku 60 darjah..hahaha...
Dengan Rina kejadiannya terpaksa mengurung diri dari pg sampai malam sb takut nak kuar dr dlm bilik sb mak marah2 kt luar sampai terkencing2 rina dan kakak aku dalam bilik tersebut..kihkihkih mmg la lawak.. yg aku tak bleh lupa sampai sekarang cara diorang mengencingkan diri sendiri...hahhahaa...sungguh la menggelikan usus perut aku bila wat imbasan semula..Mak rina dtg panggil balik baru la pintu bilik dibuka dan kuarla aroma yg tak menyenangkan...ahahahah...bau asam wooo sempat lg mak aku piat telinga tuh lagi..huh
Itu la mak aku kawan2 aku dan penangannya...Apapun Lena syg mak.!!
Aku ni nak kata 'wild' tu tak la sgt..Cuma aku degil berani yg bebukan..Hasil dari sikap aku ni la yg mengakibatkan aku selalu kene marah dan di pukul...huhuhu...(DULU PUNYA CITE AAAA )
Ssshhhhhhhhhh ... Aku tulis kt cni adalah utk hargai kenangan yg ada pada aku..walau telah lama berlalu tp msh segar dalam ingatan aku.. dari kenangan ini aku membesar..dari kenangan2 ini aku lbh menjadi matang dan dr kenangan2 ini juga aku lebih merasai nikmat kehidupan..apa lg yg aku nak bawa utk aku senyum sendiri kalau bukan kenangan2 spt ini... Tima kasih teman2 sume kerana tanpa korang tiada la wujudnya kenangan kt aku...Pahit or manis sesuatu hal itu tp kalau kita nak kenang tetap memberi rasa kat diri kita walau rasa suka or sedih...
TEPUK DADA TANYA SELERA...

Wednesday, January 14, 2009

HANTARAN KU DI DALAM METRO??????


Check It Out........























WARGHHHHHHHHHHHH.......
Tak sangka gue... Hantaran gue masuk di harian metro Rabu 14 January 2009. Hari ini dalam sejarah nih..Masuk je aku dalam kereta smlm terus somiku memberitahu aku perkhabaran yg bg aku amat mengejutkan tangkai jantung aku nih..Yelaa..apa kes plak la nak kuar2 surat khabar..Aku ingat dia sj buat lawak malam upenya cite tu ada la cite benar..bukan lawak jenaka or apa2 je.. Dengan hati yg teruja ingin melihat dengan mata kepala sendiri, terus aku mencari Harian Metro di 7E berdekatan..Ternyata benar upenya...huhuhu... Hantaran ini adalah dari pihak lelaki kepada aku..
**Dan juga aku terima present hasil perkongsian Chichi, Yani, kak Ina, kak Laila n kak Ana iaitu 3 bingkai Frame spt yg terselit di belakang picture aku tuh...Aku terima seadanya..Tima Kasih yerk korang..Muaahhhh kat korang sume.











Ur Fren is GUD or BAD?














Kalau nak judge baik or tak baiknya kawan2 yg aku ada, pd aku itu sesuatu yg susah aku nak buat.. Kerana baik or tak baiknya kawan2 aku tp mereka tetap kawan2 yg dah aku pilih sbg ''KAWAN'' Biarpun ada sebahagian dr mereka, aku dah buang dr kehidupan aku tp..Yg aku tau, sape pun mereka.. ke mana jauh mereka da pergi...ke mana arah mereka da bawa..dan bagaimana pun mereka dan apa sekalipun tp mereka tetap adalah antara manusia2 yg pernah hadir dalam hidup aku.. yg diri aku tau yg ''aku mengenali mereka''.. Dan Baik or tak baiknya mereka adala bahagian mereka masing2 sepertilah diri aku ni jugak...(baik tak sgt, jahat lg la xde..maknanya baik aku nih...anak sape la agaknya..?hehe)

'Kawan makan kawan' fuhh sensitip bunyiknya...!!! Mmg pernah berlaku dan kenyataannya mmg sgt menyakitkan.. Tp utk tidak menebalkan kesakitan dan peritnya rasa tu bila dibuat imbasan - aku memaafkan mereka yg telah berlaku buruk ke atas aku yg lemah ni - hukhuk... Mmg berkesan.. Bila kita tak berdendam or xde rasa benci, marah dll rasa itu rasa perasaan kita lebih bebas..ringan..takde apa yg nak kita bawa dalam hati yg menjadi beban sbnrnya kat diri sendiri tanpa kita sedar..Tak baik tau dendam2 benci2 org ni..Nnti hati tu mudah dikawal Makhluk Jahat tuhh.. Oleh itu Renung2kan Selamat Beramal...heeeeeeheeeeeeee

Kawan yg paling aku suka dan sayang ada beberapa org - Diorang aku namakan 'kawan kongsi' krn dgn diorang aku SENANG berkongsi2 cerita.. - Baizura,Umi, Eta,Yani, Syida n Sya.

Aku sgt hargai mereka ber6..Bersama diorang aku banyak belajar erti byk hal dalam kehidupan nie..aku lebih memahami banyak makna tersurat dan tersirat.. AKU dengan ini menjerit sekuat hati sampai bergetar2 anak tekak ku ini yang AKU Happy mengenali korang semua dan tima kasih kerana mempercayai aku untuk menjadi kawan2 korang.. Meh tepuk tangan sama2 meh...HOOOREYYYYYY



** Untuk Syida n Yani - Minta maap gambo kome takde dalam pendrive ku ini..nanti kita bergambo yerk yerk..heheee

Monday, January 12, 2009

Bersama selamanya......

Akhir katanya
............Dia lelaki ketawa dan menagis ku........
kerana dia juga aku menangis kerana dia juga aku ketawa
Mudahan kita BERSAMA SELAMANYA
AMIN

Jalan Jalan Cuci Mata - LANGKAWI part 2

Merenung ke langit dan laut yg biru. Aku Terpukau.
Begitu indah ciptaan Yg Essa




Opss candid


Selepas berjaya sampai ke atas..Org naik cable car tp aku dan
somiku memilih untuk tracking sampai ke atas..

Sewa boat dan jelajah gua2 yg ada di langkawi..
Memang layan dowhh...

Jalan Jalan Cuci Mata di LANGKAWI

Helang ni sgt besar dan ular itu sungguh la berat

Selepas penat memanjat separuh ke Puncak air Terjun
* Aku berjaya sampai ke atas sekali walau pun termengah2*

View kt cni mmg menawan kalbu ku........



Layan angin di atas Jambatan sambil layan view gunung ganang
LAYANNNNNNNNN


Jenlan ambil angin mlm di kawasan berdekatan Pantai Chenang
Tiket masuk underwater world masih tak digunakan..cisss


Sewa kete terus ke Pantai Chenang.. Dapat la bilik yg asal boleh je.
Pic ni di depan Charlie Motel - Lepak tgk sun set sambil pekene teh tarik.
Layan view n layan teh tarik.. Bessst Bangat seh


Berjalan ke jeti selepas park kereta di dlm skolah yg berada di seberang jalan



Di depan Hotel Sebelum Berangkat ke Jeti Kuala Kedah




Pose Di Ruang tamu
dan bilik buat kenang2an





Menunggu detik2 Tahun Baru 2009 sambil testing
camera baru..wahaha