Monday, June 29, 2009

LAWAK PENDEK

Hari ni surf internet cerita2 lawak jenaka dan aku tepek kt sini beberapa cite lawak pendek yg membuat aku jadi senyum sendiri..
Ini adalah salah satu cara aku kalo aku nak hilangkan keserabutan/stress dgn membaca atau melihat hal2 yg lawak yg blh membuatkan senyumanku terukir wlupun sekelumit cuma...
lega sket rasanya........heeeeeeeeee ;)


3 MAYAT
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama mati sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


ALAHAI NENEK
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."


KISAH MALAM JUMAAT
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
" Bang!! Anak dah tidur"
Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......


CERITA SUAMI ISTERI
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidakbertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "...
dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur.
Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan
pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "


KISAH CACING
Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya.
"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya
"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.


CUCUR UDANG
Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...
lalu si mamat ni pun tanye....
Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.Dengan muke selambernyer...
makcik tersebut menjawab...
Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...
Mamat : Menyesal aku tanya (dalam hati)

Sunday, June 14, 2009

Lebey dah niiii

Bob culik erwin bawak p ke KLIA tuk teman beli flight ticket dan aku melayan mengemas umah sambil sesekali mata menjeling ke arah cerita di kaca TV. Selesai keje umah baru la tenang tuk aku bergolek2 depan TV. Yeahhh Yeahhhh...


Ate bila Somiku balik dia pun join bergolek. Kami mmg suka bergolek tp kami bukanla spt ayam golek tu plak yer...hihihi.. Dalam bergolek2 tu, Udah somiku kata aku ni panas mcm engine.. peluk aku mcm peluk engine katanya!!! Aiii bleh plak gitu!! Sbnya berkata begitu oleh kerana haba badan yg dikeluarkan oleh badan aku nih panas /suam2 kuku gituh..tak dapat aku nak nolongnya labu oiiii.. dah tu aku gelak besor la tp dia kata plak lg - awak jgn gelak besar2, nampak biji timah awak siap ada nampak kapal korek sekali... Wooohoo lebey plak dia ni mengata aku siap gigi aku yg bertampal pun jadi bahan... cis cisss..!! Mentang gigi dia elok takde satupun bertampal yerk..Ini tidak ADIL!!

Tapi apa pun HAHAHAHAHHAHAA...geli perut gak aku nih
Tu lawak sinis nak kene sungkik jer namanya tuh...


Malam hantar adik aku Si Mimi balik Teknik Setapak. Pastu terus lepak NZ layan Char Keow Teow da alang2 berada di area sana. Mmg world Sampai 2 pinggan dalam perut Erwin..Fuhh dasat dasat....pastu mula marah aku sb tak stop dia makan..
MCM2 LA KO WAHAI SOMIKU...

Perhimpunan Datin-Datin

Saturday 13 June 2009


Breakfast dgn goreng instant karipap yg aku beli kat carrefour je. Okey rasanya, sedap gak.. siap si somiku suh tgk label kat plastik yg dah aku buang dalam bakul sampah. Harus beli lagi nanti katanya.. Hehehe..
Kol 4.15 si sya baru nampak batang idung. Hari ni ada Perhimpunanan Datin2 (kononnya) yg bertempat di umah Puan Umi sekalian nak gossip dan sekalian si Sya nak melawat anak si Umi Adam Mohammad yg baru berusia 2 bulan nih. So sb perhimpunan para datin makanya somi2 tak join la yerk.. Harap maklum!!
Nak jd cite cuak + lawak, otw nak p ke KJ tu, isi la minyak dulu kasi full kaw2 dan time parking kete depan Subang Parade utk menapau domino's pizza untuk belakalan ke umah Umi, aku terperasan melalui side mirror yg ada sesuatu ternganga di body kete aku yg upenya aku tak tutup tempat minyak tu dan bertambah bulat mata aku lg bila tgk penutup dalam tu pun takde... Oooo lala!! Panik la kejap.!! Terpaksa kuar dari parking nk p balik shell td kot ada tercicir kat situ.. Bawak pun Slow2 jer sb aku cakap kat Sya takut meletop n punyala berubah muka Sya. Hikhihik..ilex Sya ilexxx
Tgh tggu traffic light hijau, aku ternampak di jalan sebelah ada satu benda bulat yg menyerupai seakan2 penutup minyak aku tuh.. walaupun dalam tak kepastian dan samar2 penglihatan aku tuh tp rasa ingin tahu aku tu membuak2 la pulak dan jadinya aku kuar dari kete n minta Sya take over.. Banyak kete la plak aku nak seberang jalan.. udah ala2 model plak aku di tgh jalan tu tp PEGI LA MAM...Yg penting aku nak menuju ke seberang utk memastikan apa yg aku lihat itu benar dan line clear jer terus aku seberang dan usaha aku jadi model tak siap td tak sia2 sb mmg itu la dia penutup besi kete aku tuh.. HUH lega sb plan akan berjalan lancar...... tp kesian jd kemek tempat pemegangnya akibat digilis.
Tp bleh la tu dari ilang tak jumpa langsung kan.....
Bersyukur
Tula sya, banyak sgt citernya sampai lupa sume..sume kelam kabut!! hahahhaha.
Pastu yg lawak lagiNYA bila statement Sya selepas pakai lipstik ajaib aku.. katanya mulutnya dah jd uper KUCING MAKAN ANAK!!
hahahha aku mmg tak bleh blah statement dia nih dan jdnya gelak besau la aku tak henti2..

Sampai je anak Umi si Adam ni tido.. Maknya pun tido upernya...Citt!! Penat menunggu katanya..
Harap maaf la.. Kejadian yg berlaku adalah tak disangka2.
Bergosip la lebih kurang. Atenya idakpun citer yg bebukan.
Cite hal ehwal semasa, hal dunia, hal politik
Percayalah :)

Da lepak lebih kurang nak p dinner la sesama nak makan seafood plak si Umi ni.. Teringin sb time dalam pantang tak dapat makan katanya.. Dah tu bersiap2 la deme nak bawak baby sekali.
- Ate takkan nak ditinggal plak!!!


Laki Sya si Tazim pun da sampai utk join da club. Aku call si Erwin dekat sejuta kali tapi tak dijawab2. Sah tido mati dia nih. So aku jer la takde pasangan.
Amboi abis hati ko yer Sya laki depan mata
Hehehhe

Di Restoran Muhibbah - Taman Tun
Lauk pauk da pun terhidang, Tu ikan siakap masak steam tuh.
Rasa mmg lazat k. Butter Prawn pun tangkap leleh.
Secukup rasa semua hidangan
Makan udang sambal ni jadinnya makan sambil menggaru kepala
Pedas2 manis gituh
Aaa si Tazim ni menjeling maut la plak. Ingatkan fokus kat makanan, upernya tau je dia org ambik gambo dia. Ingat bleh cover disebalik cap la tu. Upernya Kantoi!! Dalam diam kau menjeling yer
Auwww rasa terpanah dgn jelingan Laki Sya ni. Hahahha

Adli makan sambil memangku Adam yg tgh tido.
Ginila kalo da ada anak yer..
Sampai Terjulur lidah si Tazim ni ambik lauk. Punya la rakus yerk.
Sya gak steady :p

Semoga kehadiran Adam ni dapat menambah kebahagian dan keharmonian hidup berkeluarga mereka.
Untuk pengetahuan semua, Adam pun jd pengapit time aku kawin tu hari sb time tu Si Umi ni pregnant 6 bulan. Da Selamat pun kuar dia.
Mereka kengkawan baik aku.
Muah2 kat kome.

Wednesday, June 10, 2009

Aku dan Aku

Wednesday 10 June 2009

Aku yg keterlepasan hari nih

Perut aku sakit jadinya agak tercirit birit la aku walau idak la cirit beria sgt pun.. dah tu kerana tak dapat membendung rasa perut nih, maka berlari2 anak la aku ke toilet dan ku lepaskan apa yg tak dpt kubendung tadi.. sekali lepas je takpe ni sekali lepas sekali siap ada bunyi la plak..WOOoooo...package namanya nih!!! kihkihkih.. Aku cuba gak meng-slowkan bunyi tuh tp aku tak sure se-slow mana hasil bunyinya... HAHAHAHHAA

Adusss... dalam aku suka hati tu tp malu ku tetap malu .. da la kiri kanan toilet sblh aku ada org.. pasti dan semestinya diorang dgr punya la dan aku menjadi kemaluan ar nak kuar. Walaupun diorang tak nampak rupa aku tp aku tetap malu u. HAHAHA.. dan Penyelesaiannya.. aku dok menanti SAAT sampai suasana senyap sunyi sepi dan bila da yakin kpd diri baru la aku melangkah kuar dgn muka yg tersengih ceria lega..

- kalau berlaku kat aku knp tidak kat org lain kan..????? KAN KAN...
JADI APA NAK PELIK....



Tuesday 09 June, 2009

Hanya Pinjaman........

Malam ni masak meat ball carbonara.. Gampang bangat membuatnya dong.. Layan rasa lemak2 berkrim hingga seperiuk abis.. dan penat la aku nak membasuh periuk tu plak lepastu..huhuhu

Nk larut malam, somiku kuar ngn Bob dan aku malas nak follow..Lepas selesai tugas menyidai baju barula membaringkan diri depan tv dan layan cite Halimah jongang. Dalam lawak2 cite ni ada gak tersentuh hati aku ni dgn jalan citer nih.. Almaklumla, bayangkan KALAU kita jongang cam citer tu di ejek2 dan dijadikan bahan lg tuh..Payah dowhh rasanya..Mesti rasa rendah diri yg Teramat dan Alhamdulillah bersyukur cukup sifat sempurna tuhan jadikan aku dan aku sedar segala yg ada lengkap kat aku ni dan juga kat sesapa pun tu hanyala pinjaman dan takde yg kekal milik kita sepenuhnya..semua adalah milikNYA.. bila2 bleh DIA nak ambik balik.. Esok ke lusa ke.. Tiada sape bisa membahas...

Tp manusia spt aku...........................................


Monday 08 June, 2009

Beza makan kt umah n kt luar

Balik keje terus bertungkus lumus sorang2 kt dapur...Isteri sungguh aku yerk !!! layan je laa.. ada barang masak kt dapur, jd masak jerla apa yg ada dan apa yg bleh..Kalau malas masak walau ada bahan pun bleh je kuar makan kt luar... kan awak kan..??? hahaha
Selera jer makan sampai licin la nasi kat periuk..Bagussss takde membazir. Tu la beza makan kat umah n kat luar.. makan kat umah dapat elakkan pembaziran dan selepas makan bleh menyandor sambil melunjurkan kaki ke depan... sambil korek2 idung..
TAK GITU KEE :) kahkahkahkah

Sunday, June 7, 2009

Sempadan Thailand????

Chill Jeee
Hari ni pagi aku buat tuna sandwich la plak.. sepinggan penuh tersusunnya roti aku tp licin gak masuk perut kami berdua.. Burpppp alhamdulillah. Rezeki hari nih.
Lepak chill kat umah jer sampai la ke malam dan malam acaranya p umah Mak Lang Erwin kat Taman Melawati. Bersama pak dan mak mentua yg turut serta.
Kat sana makan2 sambil bercerita dan berbincang2 soal persiapan Adik Ipor aku yg akan kawin ujung tahun ni. Mak mentua aku nk p survey barang2 kt Sempadan Thailand nanti dan di ajaknya aku sb aku kan ada passport dah.. Errr,,, tp atenya jauh benor la plak rasanya nak survey barang sampai ke sana...iskhh ikshhh
InsyaAllah kalo keadaan mengizinkan.
Sampai umah dekat jam 1 dan sambung lepak tergolek layan tgk tv sampaila berat kelopak mata..
Sampai Menutup Mata

Side Shabel la plak makan

Saturday 06 June, 2009
Hip Hip Hooreyyyyyy
Dua mempelai pun tiba dgn kete yg dipandu sendiri..
Aku pun bersama rombongan pihak pompuan berjalan dan disambut oleh keluarga pihak lelaki
Selamat la Pengantin sampai ke pelamin dan aku takdela mengfollow pengantin plak tp terus p cekau nasi..aje lapor sungguh haku
Krukk Krukk perutku mengaum...

Hohoho Inilah kali pertama tgk live awek Iza Farid.. Sama2 comel..berlawan2 deme makan.
Gud2 - pasangan yg sehati sejiwa..
Tepuk..tepuk..tepuk..
Bob n Hafiz...Hilang mata bob bila senyum
Bob yg sweet

Maizee da ngantuk pas kene penangan nasi minyak...


Huh aku yg muncong
Aku mmg glamer ngn panggilan muncong baik pada family dan juga kengkawan sb deme kata aku kalo cakap muncong2 mulut aku. Adik2 aku siap letak nama aku kat HP diorang tu -BIBIR.COM.!!! hahahha
Dah rupe itu makanya rupe tu la yerk..
Sbnrnya aku tgh membebel time ni.. sambil makan sambil membebel mmg jd huduh la upernya..
Sume lepak meredakan perut yg da penuh..
Huh menyandor dibuatnya
Pengantin yg baru selesai adengan renjis merenjis..
Aje lama betoi kome merenjis2 yerk.
TAK KEBEH BONTOT!!

aku yg sengih dan muka ketat somiku yg mcm menahan sesuatu jer
-awk nak kentut ke..?-
Errrrrrrr...tak bleh caya dia nih
-tp sy percaya awk syg sy-
Sorang lagi muka ketat..Pehal deme ni.. salah makan ke hapa!!!
DAH RUPA INSPEKTOR SAHAB PUN ADA
Tabik..tabik

Ha Collect cepat kasi collect
nak kasi pengantin ni!!
weh taruk lebey sket la weiii jgn nak kemut sgt

BesSalaman2 dgn Pengantin sblm beredar - Eta n Shabel di meja makan
N POSE SKET JAP YERK

perut kenyang hati pun riang
Balik daaaa
Selamat da kenduri Kedua2 belah
SELAMAT PUN KOME JADI SOMI ISTERI
ALHAMDULILLAH
WELCOME TO THE CLUB
yeaaahaaaaaa

Bear's (haniff) Wedding

Saturday 06 June 2009

Selamat Pengantin Baru

Suap menyuap gitu u..
auuuwmmm nyum nyum
Takziah kat pengantin pompuan sb sehari sblm majlis di side laki ni (semalam -jumaat) bapanya telah kembali KE RAHMATULLAH. Ajal dah dtg menjemput.
Al-Fatihah untuk arwah bapanya
Pasti berat tuk menanggungnya

Antara mereka2 yg hadir malam ni..walaupun tak ramai tp kalo ada Roy anak cina murtad sorang ni mmg kecoh je suasana...aku ngn dia selalu mcm anjing ngn kucing.. ade jer tak kene..tp tu sume gurau kengkawan tp mmg selalu pecah gelak ketawa terbahak2 tak bleh control daa..

Pasangan baru sebulan bertunang. Epul atau 'Douglass'
Sama cantik sama padan
Mungkin diorang penutup utk 2009

Shot terbaik ni - Amir in the glass namanya.
Tahniah utuk Amir sb wife da pregnant 3 bulan

Aku dan Lidia yg kawin pada bulan yg sama - November 2008
Lid yg da mula besemangat selepas keguguran dan aku doakan moga Lid kuat dan berusaha semula spt aku skrg.
hahah Chaiyok Chaiyok
Pakai gaun renda2 u tuk potong kek
segak dan menawan si pengantin
* Pehal somiku sorang je duduk - arip sabotaj nih..

Aksi 2 org lelaki gersang di malam hari
cissss pose terlampau2 deme nih
gemo ala2 perilaku lucah gitu

mari BERINAI

Friday 05 June 2009
Balik keje turus ambik kakak aku yg tgh sarat ngandong tu kat umak Tmn Mayang terus hangkut bawak p Giant. Sblm tu singgah kt Maybank dulu dan kejadian aku buat gila kt depan Maybank ni pas kakak aku masuk semula dlm kete ialah aku suh dia cover line sb aku nak tukar seluar.. Oleh kerana aku da ala2 boncit tak terlampau tp suar keje aku tu terasa mencerut2 perut aku yg da tak ramping tuh dan kerana nak selesa berjalan2 tanpa tersekat2 nafas, tersentak2 usus, makanya aku mengambil keputusan tuk tukar suar track suite Puma aku yg kebetulan ada dalam kete akuk.. Pandang kiri Pandang kanan!! line clear Zassssssss kasi tukar...fuh lega..
Tak tau la kalo ada org nampak tp time tu dgn campur 2 biji mata kakak aku rasanya takde la org mengintip perilaku kurang sopan aku tuh..
* korang nak cuba pun takpe*
huhuhu........

Biorla org pandang2 dgn muka pelik..Biorla aku uper minah Indon sekalipun dgn suar dan baju blaus keje aku yg mmg tak cocok sekali upernya tp apapun biorla asalkan aku lega bernafas...
dan laju sungguh pernafasan aku time nih
Pas antor kak Ija balik terus aku laju balik umah sb eta da tunggu aku utk menginaikan jari jemarinya yg bulat2 tuh....
* sb ko gelak aku pun gelak gak tgk jari2 itu
Jam 3 pagi selesai kesemua jari2 yg eta ada diinai oleh aku..
-Pose la kejap ye kome oii-
*AJE GEMOR*

Jari2 aku pun comot tp takpela..bukan aku yg nak naik pelamin pun esok...
Aku dtg makan jer

Oh nyempat Si pengantin Baru kasi pose manja kt umh aku yerk
-Shahrul Azhar & Rozlita-

Di depan rumah dgn aksi bebas lepas penat pinggang memasing.. amboii melentik2 ko yer eta cam jejentik u..auwww...
** tgk la aku yg da tak ramping...sob sob
hahahhaa