Monday, June 29, 2009

LAWAK PENDEK

Hari ni surf internet cerita2 lawak jenaka dan aku tepek kt sini beberapa cite lawak pendek yg membuat aku jadi senyum sendiri..
Ini adalah salah satu cara aku kalo aku nak hilangkan keserabutan/stress dgn membaca atau melihat hal2 yg lawak yg blh membuatkan senyumanku terukir wlupun sekelumit cuma...
lega sket rasanya........heeeeeeeeee ;)


3 MAYAT
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama mati sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


ALAHAI NENEK
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."


KISAH MALAM JUMAAT
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
" Bang!! Anak dah tidur"
Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......


CERITA SUAMI ISTERI
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidakbertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "...
dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur.
Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan
pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "


KISAH CACING
Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya.
"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya
"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.


CUCUR UDANG
Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...
lalu si mamat ni pun tanye....
Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.Dengan muke selambernyer...
makcik tersebut menjawab...
Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...
Mamat : Menyesal aku tanya (dalam hati)

No comments:

Post a Comment