Tuesday, January 27, 2009

Married Life : Nasi Lemak ku kurang garam

Saturday- 23 January 2009


WOW....Hari ni aku telah berjaya menyempurnakan misi membuat nasi lemak untuk dimakan di rumah mertua (tp nasi lemak ini telah dijayakan dirumahku sblm di bawa ke rumah mertuaku..) Mau pitam dan terkapai2 aku kalau menjayakannya di rumah mertua.. OH! NO NO NO.. Aku masih tak bersedia lg untuk menunjukkan bakat yg mmg takde lagsung ni..Heheh.. Pada yg biasa dengan kuali pasti rasa mudah dan takde kepayahannya dalam menjayakan misi ini...tp pada makhluk spt aku................................
Malam itu aku telah menyuarakan niat suci murni aku tu kpd somiku. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam tp aku dan somiku yg menyokong niat suciku tuh tanpa pk panjang gamble la kami ke giant utk membeli barang2 yg diperlukan dalam menjayakan misi aku nih.. Mmg tidak syak lg Giant msih terang benderang disebabkan CNY maka tutupnya pun lewat sampai 12 malam.. Di dalam Giant acara mencari bahan2nya pun bermula.. Selepas mendapat tunjuk ajar dr kakak aku apa bahan yg diperlukan maka selamat la misi membeli aku.. - aku bukan tak tau bahannya cuma tak berapa pasti dan lbh afdal jika aku mendapat kepastiannya..huhuh..
Sampainya umah dah jam 1.45am krn melepakkn diri di William bersama Epul selepas itu..Kakak aku pun da tido.. Blurr la sekejap sb sekurangnya kalo ada kakak aku bleh la guide aku yg hampes nih...tp semangat aku msh kuat, Msg plak kat mak dgn harapan mak aku tak tido dan bleh beritahu cara2 nak buat sambalnya..SENYAP gak mak aku...try plak msg Kak Su dan selamat sb Kak Su msg sedar lg dan daptla aku tunjuk ajar dari Kak Su.. Adoiii failled sungguh aku ni upernya... huarrggggggghhhhh....
Selepas bertugkus lumus, sambal aku pun menjadi cukup rasa masam manis pedas. Walau dalam kepayahan aku terkontang kanting sorang membuatnya dan telah beberapa kali juga meng-alter rasanya dan telah beberapa kali jugakla somiku masuk kuar dapur utk menjadi tukang rasa..huhuhuh. Somiku memberi smgt kpd aku " takpe, kalau tak berjaya nasi lemak awk ni, esok kita beli roti canai mamak jer bawak sana.."
Oh lalaaa... Semangat ke tu? heeeeeee :)
Jam da kol 4.30pg..baru la aku masuk tido dan bangun semula jam 8.30am untuk aku merebus telur, goreng ikan bilis, memotong timun dan memasak nasinya. Kakak aku dan adik aku yg makan sblm berangkatnya aku ke umah mertua kata pass la dgn rasa tu dan telah meng-confident kan aku lg dgn hasil air tangan aku tuh..Tup Tap Tup Tap selesai sudah sumenya siap dibekalkan dan drive la aku sendiri ke umah mertua ku kerana somiku dah kuar awal p jumpa org dan akan berjumpa aku di rumah mertuaku.. Adoiiaiii aku mula buat ayat cmner aku nak cakap nanti sb sbnrnya aku da lewat..da nak time makan tgh hari da ni tp aku bawak nasi lemak.......HUH...tp sampainya di umah mertuaku terus aku ke dapur menghidangkan nasi lemak ku itu....bersama hidangan makan tgh hari jugak..Muahaha... Makan la separuh nasi lemak ku dan separuh lg nasi biasa dan bapak mertuaku memuji nasi lemak ku yg tak berapa nak lemak dan sedikit tawar kurang garam sebenarnya tuh..Haahaha tp bapa mertuaku kata sedap dan sambal aku tu pun cukup rasa...katanya "Bukan memuji ni, tp mmg sedap"
Fuhhhhh LEGA DEN!!! Berjaya gak aku !! BRAVO MUS BRAVO walaupun hanya nasi lemak.....
HAHAHAHAHHAHAA.............

1 comment: