Saturday, August 1, 2009

Prihal kehamilanku........

Kenapa lama aku menyepi....? Lama aku tak menulis...? Lama tak meng-update dalam blog aku yg bagaikan diary aku ni..? Kenapa...???????
Hehehe... Jawapannya kerana aku takde feel nak menulis... Aku not in mood kata omputih...
Mungkin ada kaitan dgn kehamilan aku.. Ermmmm mungkin la kot..hahahaha
Aku ni tidak adala kene jangkitan morning sickness...takde ar alah mengalah bagai tuh, dan teramatlah rasa bersyukur kerana tidak rasa seksa sengsaranya spt org lain termasuk kakak2 aku yg sampai lembek2 tak lalu makan.. muntah2.. pening..loya...mual dan sebagainya...
Alahamdulillah aku normal setakat ini dan tidak sekalipun aku muntah or yg pelik2 lain tuh dan aku berharap akan kekal la aku bergini sehingga 9 bulan.. InsyaAllah mudah2an.
Aku tetap aktif spt biasa dan kekadang aku terlupa yg aku aku ni pregnant..
Berlari sesuka hati jer...Huhuhu..

Cuma yg aku perasan aku tak suka update blog dan suka tido awal daa.. Hahaha.. dan wajah aku amatlah tidak berseri ketika ini dan makin membiak pesat jerawat mawat aku, kuar mencanak2 bagai cendawan tumbuh selepas hujan gitu... adoiiiii apo nak dikato jang.... Layankan jer laa..

Hormon change la kot yerk...

Dan hari ni aku rasa nak menulis sb aku nak ceritakan rasa feel aku dalam tempoh kehamilan aku 2-3 bulan ni.. Mungkin penyakit benci kt blog aku dah reda sikit kot..hehe..kalau tak tu, aku nak buka n nak baca nak tgk pun aku tak nak..aku rasa benc...ahahahhaa...
PELIK2 JER HAKU YER!!!


Saturday, 01/08/2009
2nd Checkup -Berarobik Plak

Sekali lg aku berada di Damansara Damai utk melakukan susulan checkup ke atas kandungan aku yg kian membesar yg menjadikan perut aku juga tampak besar bagaikan da pregnant 5 bulan.. hehehe. Mungkin disebabkan lemak tebal di kawasan2 yg sewaktu dgnnya yg mengakibatkan perut aku nampak lebih luar biasa dari biasa.. Kawan2 pun tegur alkisahnya perut haku ni .. TAPI Tak kisah la.. asalkan aku dan kandungan aku sihat dah la yer..
AMIN AMIN........
Dah doktor sapukan gel kat perut aku, dan meletakkan alat penghubung-kait yg bleh melihatkan image kandungan aku di screen monitor, maka apa yg terpapar adalah bentuk image my little angel yg nampak da cukup fizikalnya dari kepala 2 tangan dan 2 kaki dan degup jantung yg sudah mula berdegup. Jantung aku pun berdegup kencang ketika ini..
Alhamdulillah.. Moga kau sihat dan sempurna wahai anakku..
Yang buat aku spt nak mengalir air mata, bila melihat dia bergerak mangubahkan posisinya dan aku nampak jelas tangan kecilnya spt mengeliat dan dia memusingkan badannya spt berarobik plak dia kt dalam perut aku ni..sungguh kiut sekali n amazing!! Mulut somiku da ternganga dan aku pula semakin rasa keteharuan yg berkali2 ganda lg... Kata somiku..dia pun rasa nak nangis.. Yerla pertama kali berpengalaman begini...mesti teruja dan rasa kagum gituh..
Mungkin anak aku tak suka org menggangu tidurnya kot...hehehe
Moga kau selesa di dalam sana wahai anak ku....
Wednesday, 01 July 2009
1st Check up - Seketul Daging
- Pusat Perubatan Damansara Damai

Malam ni aku dan somiku sekali lg tersentuh perasaan lebih2 lg aku la sb hati seorang ibu da mula terbit sikit demi sedikit kat hati aku ni, bila pertama kali scan bagi melihat progress kandungan aku.. Maka terlihatlah benih yg disemai telah bercambah dan menjadi seketul daging yg aku andaikan juga spt sebiji kacang soya kerana saling tak tumpah rupanya begitu pada penglihatan aku.. kecik jer lagi.. Begitula kuasa tuhan dan perasaan takjub aku kian menebal.
Dimaklumkan oleh doktor juga yg usia kandungan aku sudah hampir memasuki bulan ke-2.. Aku bersyukur dan masih berdoa agar anakku kuat kat dalam perut aku ni agar dapat berjumpa aku February 2010 nanti. InsyaAllah
Allah Maha Besar dan menentukan segalanya........
Friday, 19 June 2009
AIR MATA PERTAMA

Jam kt dinding umah da menujukkan hampir jam 12 tgh malam... Aku yg tergolek2 keseorangan malam ni kerana somiku dah menjalankan kegiatan hobinya iaitu memancing di Pulau Jumor.
Tetiba teringat pregnancy test strip yg aku beli kat guardian sblm aku balik ke umah tadi. Aku masih berkira2 sama ada nak buat testing ke atas diri sendiri or tidak krn memandangkan mmg period aku da lewat 4 hari da ni dowhh.. Tak pernah dibuat nk memain lewat2 gini..huhuhu... Keputusan muktamad yg aku ambil dgn hati yg teruja dan penuh debaran gitu untuk aku tau keputusan air kencing aku sama ada positif aku hamil ataupun sebaliknya... Makanya, ala2 doktor la akunya pun.......

Dan..........

Setelah direndam strip td selama 10 saat, lalu di angkat dan setelah itu aku perhatikan jalur gemilang yg bakal menentukan keputusan kehamilan aku dgn dua biji mata aku menumpu tepat pada line yg ada di strip tersebut.. kalau terdapat satu jalur gemilang tu makanya ujian keputusan kehamilan adalah gagal dan seandainya terdapat 2 jalur gemilang, maka ternyata aku berjaya hamil ....
Dan..........
Pekat dan likat warna 2 jalur gemilang yg muncul di strip itu. Aku terpaku, terpana, terkesima dan yg lebih tepat lg AKU TERHARU... ALHAMDULILLAH....Mengalirlah air mata pertama aku dan dgn penuh hiba aku memanjat kesyukuran kpd ILAHI dgn kurniaan rezeki yg aku rasa paling ajaib sekali pernah aku rasa feeling ni bila aku tau sesuatu yg bakal hidup dan membesar di dalam perut aku iaitu ANAK AKU...
Semoga kau kuat dgn izinNya wahai anakku.. - MY LITTLE ANGEL
Dan.........
Orang pertama yg aku call utk memaklumkan ttg berita itu adalah somiku yg tgh tekun memancing. Aje yg tak percaya dia dan dalam rentak2 suara yg gembira dalam terkejutan tu, tah bape ratusan kali dok tanya aku - betoike awak..betoike... Hehehhe... yer terima la hakikat yg ko bakal jd bapak wahai somiku.. dan org kedua yg ku khabarkan adalan bondaku yg tercinta... - Mak doakan Lena dan anak Lena ye mak.
Selesai.........

1 comment: